KAMI MEMBEKAL CENDAWAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR KALAU BERMINAT BOLEHLAH CALL SAYA 012-3017212 SHAH

1KG=RM9 TEMPAHAN PERLU DIBUAT SEMINGGU AWAL, Bongkah cendawan RM1.60 min order 200 unit

Marquee


Rabu, 21 Julai 2010

PENYEDIAAN BONGKAH CENDAWAN

Ini adalah kali pertama saya buat bongkah sendiri dengan menggunakan campuran EM.Baru-baru ni saya ada ke ladang cendawan di Pucung dan membeli habuk dan benih cendawan.Banyak saya pelajari teknik membuat bongkah yang boleh menghasilkan cendawan yang bermutu.Lebih-lebih lagi cara menggunakan EM pada cendawan.Lepas tu saya beli 20kg habuk kayu yang telah ditapis dan perkakas lain.Apabila pulang saya mulakan operasi membuat bonkah.20kg boleh menghasilkan bongkah cendawan sebanyak 40 beg.Mula-mula saya bancuh EM yang telah dicairkan.Dengan menggunakan nisbah 1:500 untuk 2 galon air atau 50ml EM :25 ltr Air .Kemudian saya siapkan tempah kukus bongkah ,melalui penjelasan en. faizul cendawan Pucung cara mengukus yang lebih baik adalan menggunakan tong drum tapi malangnya saya tak ada tong drum tapi saya ada periuk besar yang boleh dimanfaatkan dan ia juga boleh memuatkan40 beg bongkah.

Agak sengal juga masa bancuh habuk ni dan terlintas difikiran kalaulah saya ada mesin macam cendawan Pucung kerja akan menjadi lebih mudah.Walau apa-apa pun saya anggap ni sebagai permulaan untuk melangkah lebih jauh dan juga sebagai senaman.Jadi saya akan kongsi sikit sebanyak cara membuat bongkah sepertimana anda boleh lihat dibawah ni.Selepas siap kesemua bongkah sedia untuk mengukus plak.Jangan lupa untuk meletakkan pelapik seperti dawai pada bahagian bawah untuk menampung bongkah cendawan dari terkena air.Kemudian tutup periuk atau tong drum dengan kain supaya wap panas tidak terkeluar terlalu banyak ini kerana untuk mematikan kuman ia memerlukan wap yang panas.Selepas itu tutup periuk atau tong drum dengan meletakan pemberat.Proses mengukus mengambil masa selama 8-9 jam,kawal api setelah capai 5 jam supaya air tidak terlalu kering.Setelah selesai kukus biarkan selama 24jam sehingga sejuk.kemudian proses menyuntik benih kedalam bongkah boleh dilakukan.

1-Gaul habuk kayu,dedak,kapur pada nisbah 100:10:1
2-Campurkan air bancuhan EM pada habuk kayu tadi sehingga pada kadar 60%.
Untuk mendapatkan kepastian cuba genggam bancuhan habuk menjadi kepal dan tidak berderai
jika air menitis ini menunjukan air terlalu banyak.
3-Masukan bancuhan habuk kayu tadi kedalam beg media dan hentak sehingga padat.
4-Berat keseluruhan 1beg cendawan adalah 1kg kalau terlebih ini kemungkinan air yang
berlehihan.
5-pasang leher dan penutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

EBOOK USAHAWAN CENDAWAN