KAMI MEMBEKAL CENDAWAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR KALAU BERMINAT BOLEHLAH CALL SAYA 012-3017212 SHAH

1KG=RM9 TEMPAHAN PERLU DIBUAT SEMINGGU AWAL, Bongkah cendawan RM1.60 min order 200 unit

Marquee


Sabtu, 10 Julai 2010

PENGENALAN

Cendawan tergolong dalam keluarga kulat ataupun fungus. Perlu difahami bukan semua kulat adalah cendawan, tapi semua cendawan adalah kulat. Cendawan mengandungi zat makanan dan vitamin yang tinggi berbanding sayur-sayuran yang lain. Tidak seperti tumbuhan hijau yang lain yang boleh melakukan proses fotosintesis untuk mendapatkan makanan melalui air, karbon dioksida serta tenaga matahari cendawan mendapatkan sumber makanannya daripada bahan organik yang kompleks melalui tisu tumbuhan dan binatang yang hidup atau mati sebab itulah kita dapati, cendawan tumbuh diatas habuk kayu yang mati, najis binatang dan bahan buangan pertanian. Bagi pengamal penanaman cendawan, bahan-bahan seperti habuk kayu biasa digunakan untuk dijadikan sebagai medium bagi menanam cendawan.

Menurut sebahagian pendapat para saintis, sekitar 1.5 juta spesis kulat telah dikenalpasti, malah ia jatuh nombor dua dari segi jumlah spesis yang terbanyak selepas serangga yang berjumlah enam juta spesis. Daripada 1.5 juta spesis kulat ini, hanya 10,000 ribu ke 12,000 ribu spesis adalah cendawan. Daripada jumlah itu, 2,000 spesis didapati boleh dimakan dan mempunyai khasiat.

Diantara cendawan yang terkenal ialah cendawan tiram kelabu, cendawan butang (Agarcus Specisis), cendawan shiitake (Letinus edodes ), cendawan jerami (Rolrariella Rolraceae), cendawan telinga kera (Auricularia Polytricha), cendawan abalone (Pleurotus Cystdiosus) dan cendawan Ling Tze (Ganoderma Lucidum)

Menurut ahli perubatan tradisional China, cendawan dipercayai dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit seperti anemia (kekurangan darah), kencing manis dan sengal-sengal sendi. Cendawan telah digunakan oleh kaum pribumi di Afrika untuk mengubati pelbagai penyakit, lebih awal dari terjumpanya penisilin dari keluarga kulat jenis penicillium notatum oleh Alexander Fleming. Kajian terkini juga menunjukkan banyak spesis cendawan boleh digunakan untuk mencegah penyakit kanser dan HIV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

EBOOK USAHAWAN CENDAWAN